Mengapa Doktor Bedah Memakai Baju Hijau?
Selalu dalam bilik bedah kita selalu tengok doktor memakai baju hijau
semasa bertugas. Kenapa?
Pada mulanya doktor dikatakan memakai warna putih kerana ia warna yang
melambangkan kebersihan. Bagaimanapun, seorang doktor yang berpengaruh
telah menggantikan warna putih dengan warna hijau kerana menurutnya
warna hijau lebih sejuk.
Walaupun sukar dipastikan mengapa warna hijau paling sesuai bagi doktor
untuk melihat lebih baik di ruang pembedahan, secara umumnya kerana
hijau adalah warna berlawanan dengan warna merah.
Warna hijau dapat menyegarkan mata ahli bedah semasa melihat benda-benda
berwarna merah, termasuk organ-organ tubuh yang berlumuran darah ketika
pembedahan.
Melihat warna merah secara terus menerus menyebabkan signal warna merah
di otak mengurangkan sensiviti terhadap variasi warna merah.
Alasan lainnya adalah, terus-menerus fokus pada warna merah akan
menyebabkan pakar bedah kurang memberikan tumpuan dan mengganggu
penglihatan doktor.
Jika warna baju-baju pakar bedah berwarna hijau, ilusi ini akan memudar
dan tidak akan mengganggu penglihatan doktor.
0 komentar:
Posting Komentar